Alhamdulillah,selamat sudah peperiksaan fasal pertama berlalu,kini persediaan untuk ke fasal seterusnya diharap dipermudahkan olehNya.Biasalah seusai peperiksaan, hati saya ini tidak sunyi diusik kerisauan.Namun setelah dipujuk oleh formula ahli sunnah waljamaah yang perlu kepada tawakal setelah berusaha hati ini kembali tenang.
Pemergian tahun sebelumnya telah meninggalkan pelbagai permasalahan dan memberi kesan sama ada kepada masyarakat atau individu.
Kita sedia maklum, tanah palestin kembali dicerobohi.angkara siapa lagi kalau bukan israel
.
Golongan pihak wahabi pula, sangat berpengaruh sehinggakan tempiasnya mencetus perpecahan.Lebih-lebih lagi ketaksuban mereka yang melampau.
Dan juga perpecahan sesama bangsa kita sendiri yang menjadi boneka demokrasi.
Serta banyak lagi permasalahan yang tidak sempat saya sebutkan di sini.Walau bagaimanapon apa yang saya ingin tekankan di sini,sejauh manakah tindakkan kita pada tahun baru ini selaku muslim yang berilmu untuk memperbaiki atau menyelesaikan konflik-konflik tersebut?adakah kita ingin turut serta keriangan bersama golongan barat yang mahukan perpecahan ini?
Akhir sekali,semoga segala perbezaan pendapat diharap menjadi 'platform' untuk menghasilkan suatu keputusan yang paling infektif dan bukan gelanggang pertelingkahan,dan tidak kira tindakkan itu sedikit atau banyak,biarlah ia berterusan dan istiqomah mudah-mudahan menjadi berkat.
Pemergian tahun sebelumnya telah meninggalkan pelbagai permasalahan dan memberi kesan sama ada kepada masyarakat atau individu.
Kita sedia maklum, tanah palestin kembali dicerobohi.angkara siapa lagi kalau bukan israel
.Golongan pihak wahabi pula, sangat berpengaruh sehinggakan tempiasnya mencetus perpecahan.Lebih-lebih lagi ketaksuban mereka yang melampau.
Dan juga perpecahan sesama bangsa kita sendiri yang menjadi boneka demokrasi.
Serta banyak lagi permasalahan yang tidak sempat saya sebutkan di sini.Walau bagaimanapon apa yang saya ingin tekankan di sini,sejauh manakah tindakkan kita pada tahun baru ini selaku muslim yang berilmu untuk memperbaiki atau menyelesaikan konflik-konflik tersebut?adakah kita ingin turut serta keriangan bersama golongan barat yang mahukan perpecahan ini?
Akhir sekali,semoga segala perbezaan pendapat diharap menjadi 'platform' untuk menghasilkan suatu keputusan yang paling infektif dan bukan gelanggang pertelingkahan,dan tidak kira tindakkan itu sedikit atau banyak,biarlah ia berterusan dan istiqomah mudah-mudahan menjadi berkat.
Sudah sebulan lebih saya tidak memperbaharui posting dan hari ini akan saya tamatkan 'puasa' ini.Mana tidaknya,dalam fatrah perubahan iklim di mesir sekarang ini kepada musim sejuk selimut asyik mengusik untuk ditemankan tidak kira waktu.Namun insan yang lemah ini sering tewas dengan godaannya...huhuhu
Hampir sebulan lebih itu juga kuliah sudah mula rancak tambahan pula kuliah saya sekali lagi mengalami tambahan madah.Kebiasaannya bagi tahun 3 kuliah usuluddin,syukbah yang paling banyak madah adalah dakwah.Tetapi mungkin ilham para 'dokturoh' yang inginkan para pelajarnya agar benar-benar mahir dalam sesuatu bidang maka tambahan 3 madah untuk syukbah akidah dan falsafah yang saya pilih menjadikan syukbah ini lebih banyak dengan dakwah.
Alhamdulillah,'qarar' quran Al-azhar yang telah dikurangkan meringankan beban yang akan saya tanggung pada tahun ini sebanyak 19 madah termasuk takhalluf(madah yang dibawa di tahun2).Walaupun semester pertama ini memberiku sedikit ruang waktu lapang dengan 6 madah,namun 13 madah yang menyusul pada semester ke2 menyebabkan saya sering tidak senang duduk memikirkan waktu yang akanku jalani ketika peperikasaan untuk semester ke2.Boleh saja terjadi jarak hari ketika peperiksaan antara madah-madah akan disingkatkan sepertimana terjadinya pada tahun lepas bagi usuluddin tahun 2 supaya berakhirnya peperiksaan tersebut sejajar dengan kuliah-kuliah lain.
Gelanggang menuntut ilmu ini juga tidak jauh bezanya dalam berperang yang memerlukan susunan strategik yang mantap untuk memperoleh kejayaan.Diharap saya dan teman-teman seperjuang yang lain tidak kira kuliah manapun berhasil mencipta strategik masing-masing dan merialisasikanya agar nikmat kecemerlangan dirasai bersama.
Saya seringkali mengeluh struktur imaroh yang saya duduki kini atas sebab masalah berpunca dari pembinaan yang kurang berkesan untuk bertahan dalam jangka masa panjang.Dengan kebocoran dan retakkan di sana sini sudah dianggap lumrah bagi ahli 'bait' saya dan membaik pulih kerap dilakukan atas masalah yang silih berganti.
Keluhan ini memberi impak cetusan bagi saya bukan untuk membincang masalah rumah saya,tetapi bayangan saya bagaimana binaan yang sempurna terhasil..?sudah tentu perekanya mencurah ketelitian
yang melimpah atas pembinaan yang berkualiti.Apa kaitan ini semua dengan evolusi dan athies..?Selalu kita dikhabarkan malah sudah tercatat dalam rujukan pembelajaran kini,penemuan hidupan yang pelbagai pada hari ini sering kita kaitkan dengan evolusi.Ia dikatakan terjadi hasil perubahan dalam jangka masa panjang secara kebetulan.Contohnya, seekor buaya berasal dari biawak,manakala biawak pula berasal dari cicak atau mengkarung dan banyak lagi contoh-contoh haiwan yang boleh dikaitkan.Adakah ia suatu fakta atau andaian.Jika fakta,sudah tentu berbukti dan jika andaian,sudah tentu ada sebab.
Namun para pendukung fahaman ini hanya mencipta bukti dengan pelbagai propaganda didatangkan melalui media massa dan penemuan yang direka-reka.Jika diteliti mustahil sesuatu yang bersifat sempurna dan rumit terhasil secara kebetulan dan tanpa perekanya.
Seperti tadi,seekor buaya yang tidak berakal mustahil boleh mencipta kemandirian habitatnya tersendiri serta fizikalnya terbentuk bersesuaian dengan tempat habitatnya secara kebetulan atau yang dikatakan berevolusi dari biawak.Justeru sudah pasti ada penciptanya.Dari sini kita dapat temui jawapan kepada sebab andaian evolusi ini direka.
Peranan pihak athies sudah lama giat dalam menarik pemikiran manusia khususnya penganut Islam agar terjerumus ke golongan menidakkan tuhan sama ada secara terang-terangan atau bersulit.Ini terbukti bahawa pengasas kepada tiori evolusi ini ialah charles Darwin yang kita sudah maklum bahawa dia adalah seorang yang tidak mempercayai kewujudan Maha Pencipta.
Baru-baru ini yang memeranjatkan saya wujud segelintir ahli sains di malaysia beragama islam masih memegang fahaman ini.Oleh sebab itu wajarlah perlu dikaji dan diteliti sejenak fahaman atau tiori yang ingin dipegang,lantas pemikiran generasi islam akan datang yang disemai bersih dari kesan usaha golongan athies.
Sebuah perkenalan itulah maksud cinta yang ingin saya sampaikan di sini.Sebuah perkenalan merupakan sesuatu yang bersifat syumul atas dasar persahabatan,perhubungan dan lain-lain lagi.Saya s
ering kali abaikan perkara ini dan hampir menitis air mata bila mana makna yang Allah telah sampaikan baru-baru ini kepada saya menjadikan ia suatu hikmah sehingga keakhir hayat tidak akan saya lupakan.
ering kali abaikan perkara ini dan hampir menitis air mata bila mana makna yang Allah telah sampaikan baru-baru ini kepada saya menjadikan ia suatu hikmah sehingga keakhir hayat tidak akan saya lupakan.Pengabaian yang saya landaskan itu boleh saja atas sebab jurang perbezaan umur atau tiada kepentingan urusan langsung.Kecuaian saya di situ mungkin juga terlalu memperkecilkan perkara yang remeh tanpa memikirkan kesannya.Sesuatu tindakan jika dilaksanakan secara melampau(terlalu) akan memberi kesan sama ada amat positif atau amat negetif.
Sudah diketahui sejak kecil lagi kita selalu diperingatkan dengan kalimah malang tidak berbau menjadi matan penting yang sudah ma'ruf tidak perlu dibahaskan lagi.Kalimah ini terkadang juga saya sering cuaikan dan tidak saya terfikir ianya berantai hasil dari sebuah perkenalan.
Baru saya terngadah akhirnya bila mana peristiwa malang itu berlaku dalam keadaan saya alaminya sendiri.Namun bagi kita selaku mempercayai pencipta yang Esa hanyalah Allah,tidak akan lari dari menghasilkan natijah bahawa semua ini adalah ujian dan hikmah dari-Nya.
Namun benak hati saya bersyukur kehadhrat Ilahi atas pengalaman yang bermakna ini diberikan kepada saya lantas menjadikan muhasabah ke atas diri saya semakin kuat.Justeru bagi saya, nilai sebuah perkenalan akan kita hargai apabila rasa mencintai sebuah perkenalan terlebih dahulu dipupuk serta disemai terlaksana..
*mari kita sedekahkan alfatihah kepada Allahyarham kamarulzaman bin zulkarnain warganegara singapor yang kembali ke rahmatullah pada 21hbln ogos 2008(khamis) di mustasyfa jama'ah,tonto.
Seminggu tidak menaip ke laman posting saya rasa tanggapan pembaca terhadap saya tentu saja mungkin pembaca menilai saya sudah kekosongan edia hendak dibincangkan.Secar
a lumrah kekosongan itu mesti wujud ke atas manusia hatta yang berpendidikan sekalipun tidak kira dalam jangka masa pendek atau panjang.
Namun untuk makluman pembaca saya dalam fatrah seminggu lebih ini kesempitan masa agak membataskan saya untuk mencairkan otak sebelum merungkaikan apa-apa perkara yang hendak ditulis.Jika ruangan tersebut diberikan insyAllah saya akan berkongsi apa saja perkara-perkara yang terlintas di benak fikiran saya untuk dibincangkan.
semoga keizinan-Nya diberikan agar pengalaman,edia atau apa saja perbincangan yang diharap menjadi bibit-bibit cahaya kebenaran yang diimpikan terhasil..
a lumrah kekosongan itu mesti wujud ke atas manusia hatta yang berpendidikan sekalipun tidak kira dalam jangka masa pendek atau panjang.Namun untuk makluman pembaca saya dalam fatrah seminggu lebih ini kesempitan masa agak membataskan saya untuk mencairkan otak sebelum merungkaikan apa-apa perkara yang hendak ditulis.Jika ruangan tersebut diberikan insyAllah saya akan berkongsi apa saja perkara-perkara yang terlintas di benak fikiran saya untuk dibincangkan.
semoga keizinan-Nya diberikan agar pengalaman,edia atau apa saja perbincangan yang diharap menjadi bibit-bibit cahaya kebenaran yang diimpikan terhasil..
Kita sering mendengar bahawa ancaman musuh islam tidak akan berkesudahan.Namun apakah kita sedar ruang-ruang yang membolehkan ancaman itu masuk dan tindakan menampal semula rongga-rongga kemasukan ancaman tersebut sehingga kini tidak berkesudahan boleh dikatakan suatu tindakan yang kurang infektif.Mengapakah tidak saja kita lenyapkan terus ruang-ruang tersebut.

Tindakan ancaman musuh islam boleh dibahagi kepada 2 iaitu dari sudut zahiri dan batini.Penindasan terhadap negara islam melalui peperangan adalah yang paling jelas contoh ancaman zahiri.manakala ancaman batini pula,seperti hiburan yang melalaikan.Bagi contoh-contoh yang diberikan ini merupakan 1 di antara beribu.
namun yang paling ditakuti adalah ancaman batini kerana peluang kemasukan acaman ini amatlah luas dan situasinya tanpa disedari.
Selaku hamba Allah, usaha adalah matan penting dalam menemui kejayaan selain bertawakal kepada-Nya.Konsep asas inilah yang patut kita praktikkan dalam segelinap keadaan wal hal menjadikan usaha menghapuskan ruang-ruang ancaman ini terlaksana.

;;
Subscribe to:
Posts (Atom)